Halloween Costume ideas 2015
Articles by "GLOBAL"

Panama Papers: London 'sarang' pengelak cukai

LONDON - BRITAIN. Ibu kota Britain, London didakwa menjadi lokasi penting untuk aktiviti mengelak cukai.

Menurut laporan AFP, laporan Panama Papers yang dibocorkan dari firma Mossack Fonseca juga mendedahkan British Virgins Island sebagai lokasi 110,000 pelanggan Mossack melaburkan wang.

Selain itu, terdapat pihak yang menyimpan wang mereka dalam bentuk hartanah di London.

Selepas Panama Papers didedahkan, pengkritik mengecam pihak berkuasa Britain kerana 'menutup sebelah mata' terhadap kemasukan wang yang meragukan.

"London adalah tempat tumpuan perkara tidak bermoral (dari segi perbankan) berlaku," kata Nicholas Shaxson, penulis buku 'Treasure Islands' yang menganalisis bank-bank 'offshore' dan sarang pengelak cukai.

Nicholas yang juga merupakan seorang penganalisis politik mendakwa pihak-pihak yang tidak dikenalpasti menggunakan 'shell companies' (syarikat tidak aktif) untuk menyembunyikan aktiviti berkaitan perbankan. - Instant Malaysia

'Shell companies' tidak melanggar undang-undang, tetapi aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh berlaku seperti pengubahsuaian wang haram (money laundering) atau menyembunyikan kekayaan politik di sebalik tabir.

"Mengelak dari membayar cukai dan seumpamanya dilakukan pada bahagian luar jaringan ini (luar London).

"Selalunya aktiviti mengelak cukai akan dikaitkan dengan London, firma undang-undang United Kingdom (UK), firma akauntan UK, dan bank UK," kata Nicholas sambil mengelar London sebagai sarang labah-labah.


SEMAKIN banyak pengusaha restoran di China yang menggunakan robot sebagai pekerja atau pelayan di premis-premis makanan mereka untuk mengurangkan kos upah pekerja. Namun sebaliknya yang berlaku.
Kejadian yang berlaku di Guangzhou wilayah Guangdong memperlihatkan implikasi pengambilan robot sebagai pelayan di restoran-restoran makanan membawa kepada kebankrapan premis terbabit.
Keterbatasan pergerakan robot-robot ini menjalankan kerja-kerja sebagai pelayan seperti mengambil pesanan, menghidangkan sup dan membawa piring-piring berisi makanan kepada pelanggan serta sering mengalami kerosakan membawa nasib malang kepada pengusaha restoran, lapor portal Shanghaiist.
robot_1
robot_2
robot_3
Ternyata kos untuk sebuah robot melebihi kos untuk beberapa tenaga kerja manusia, jika diambil kira dari semua aspek seperti pengendalian dan baik pulih robot
Sekiranya mengalami kerosakan, kosnya mampu mencapai 50 ribu yuan.
Dengan amount yang sebegitu, rata-rata pengusaha premis makanan berfikir berulang kali untuk ‘menggaji’ robot sebagai pekerja.
Menurut salah seorang  pemilik restoran, robot hanya bagus dipakai untuk menyambut tetamu di pintu masuk.
“Robot mampu menarik ramai pelanggan, tapi mereka ternyata tidak  boleh menghentikan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia,” jelasnya kepada portal itu.
Menurut Zhang Yun, timbalan pengetua Universiti Teknologi Guangdong, robot sangat bagus untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor perkilangan yang melibatkan kerja yang berulang-ulang.
Namun tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan interaksi sesama manusia. – MYNEWSHUB, Instant Malaysia

Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie

KETIKA detik cemas insiden pesawat EgyptAir dirampas, seorang lelaki dari Aberdeen, Scotland sempat merakam selfie bersama perampas pesawat itu. 

Ben Innes, 26, yang merupakan antara penumpang terakhir untuk dibebaskan memberitahu akhbar The Sun beliau sendiri tidak tahu mengapa beliau berani untuk berdiri di sebelah perampas pesawat yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa. 

Saya tidak tahu kenapa saya berbuat demikian.

Saya bertanya kepada seorang kru yang bertindak sebagai penterjemah jika saya boleh rakam selfie bersamanya. Dia mengatakan ‘OK’ dan saya berdiri di sebelahnya dan senyum untuk lensa kamera.

Ia mungkin akan menjadi selfie yang paling menarik untuk dikongsi kepada rakan-rakan – lebih menarik dari apa yang boleh dirakam ketika sedang bercuti," katanya kepada akhbar tersebut. 

Selain itu, beliau mengambil peluang itu untuk melihat senjata yang digunakan oleh perampas pesawat dengan dekat.

"Saya dapat melihat sesuatu yang terikat pada pinggangnya dan  pegang kepada satu alat pencetus,” tambahnya.

Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus pada Selasa. 
Menurut pegawai lapangan terbang Kaherah, pesawat jenis Airbus A320 itu membawa seramai 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal.

Pihak polis berkata, perampas pesawat tidak membuat apa-apa tuntutan selepas ia mendarat di Larnaca di bahagian selatan pulau tersebut. -  Astro Awani , Instant Malaysia


APLIKASI foto Instagram akhirnya memperkenalkan durasi video 60 saat, sesuatu yang telah lama dinanti-nantikan pengguna media sosial.

Ia secara rasmi dilancarkan ke iOs dan Android, pada Selasa.



Menurut kenyataan di blognya, Instagram berkata dengan pelancaran video berdurasi lebih panjang, ia diharapkan lebih mesra pengguna memandangkan ia berupaya meneroka elemen kreatif dan memberi keseronokan kepada pengguna.

Sebelum ini, durasi video 15 saat yang diguna pakai Instagram sering mengundang keluhan pengguna, yang menyifatkannya sebagai tidak praktikal kerana terlalu pendek.

Penyanyi Selena Gomez antara yang terawal mencuba versi video terbaharu ini.



A video posted by Selena Gomez (@selenagomez) on

Memiliki lebih 400 juta pengguna aktif, langkah yang diambil Instagram itu dilihat tepat pada masanya, apatah lagi dengan peningkatan mendadak pada tontonan video di laman sosial itu, iaitu 40 peratus sejak enam bulan kebelakangan ini. Astro Awani, Instant Malaysia

Misteri batu nisan Donald Trump tiba-tiba muncul di Central Park New York

SEBUAH batu nisan palsu untuk calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul secara misteri di Central Park New York pada pagi Ahad, lapor media antarabangsa.

Difahamkan, pengunjung taman tersebut terkejut untuk menemui sebuah batu nisan memorial bagi Trump dengan ukiran “Made America Hate Again” berhampiran halaman Meadow Sheep itu.

Batu nisan itu juga memaparkan tahun kelahiran calon Presiden itu tetapi tidak menyatakan tahun kematian. 


[lock]
A photo posted by Sachin RB (@sachinrb) on

A photo posted by Beth Marshel (@againwithbeth) on


Bagaimanapun, ia masih tidak jelas siapa di sebalik perbuatan ini.

Menurut laporan portal Daily Mail, mereka telah menghantar seorang wartawan ke lokasi, namun tidak dapat mengesan penanda kubur itu.

[/lock]
Seorang pegawai taman itu melapor kepada NBC New York bahawa batu nisan itu telah dialihkan pada petang Ahad. - Instant Malaysia


Shanghai: Pihak berkuasa melancarkan kempen menggalakkan penduduknya membakar mayat anggota keluarga mereka dan menjadikannya berlian.

Ia boleh dilakukan dengan bayaran serendah 18,000 yuan (RM11,000).
Kempen itu dilancarkan sebagai langkah untuk menjimatkan tanah.

Sejak 26 tahun lalu, pihak berkuasa Shanghai mendesak penduduk bandar itu melakukan pengebumian alternatif terhadap mayat anggota keluarga mereka.

Hasilnya, 28 peratus pengebumian di bandar berkenaan dilakukan secara dibakar, dikebumikan di laut atau dalam kubur yang lebih kecil sementara bakinya masih lagi memilih untuk mengebumikan anggota keluarga mereka secara tradisional, walaupun harga plot untuk satu kubur begitu mahal.

Sumber Harian Metro berkata, Kerajaan tempatan bimbang tanah kubur di bandar raya itu akan meningkat sehingga 30 peratus dan untuk menempatkan mereka yang sudah mati, ia perlu menyediakan tanah seluas 200 ekar setahun.

Dalam kempennya, pihak berkuasa berkata, dengan membakar mayat dan menjadikannya berlian akan memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan kepada si mati.

“Mereka boleh memakai berlian itu sebagai barang kemas atau menghiasi sudut rumah masing-masing. Atau mereka boleh meninggalkannya di kuil tempatan kerana ia tidak perlu kawasan yang luas,” menurut seorang jurucakap pihak berkuasa tempatan. - Instant Malaysia


Cabaran pinggang A4 jadi trol di media sosial

SHANGHAI-CHINA. Cabaran pinggang bersaiz kertas A4 di China yang mula menjadi ikutan remaja dan wanita China dikecam teruk di media sosial.

Kebanyakan netizen berpandangan ia merupakan satu tabiat diet yang tidak sihat, selain menyifatkan ia lebih kepada perbuatan yang menyeksa diri sendiri.

Seorang pengguna media sosial yang tidak mahu dinamakan berpendapat kecantikan sebenar tidak hanya diukur berdasarkan sekeping kertas putih.

Manakala seorang lelaki yang menggunakan tweet handle @WeatherChambers memuat naik gambar saiz badannya yang berukuran pinggang yang bersaiz tiga keping kertas A4.

Kenyataan tersebut ditulis di atas sekeping kertas A4 dan ditayangkan menerusi fotonya.

Menurutnya, sebagai seorang bapa yang sedang membesarkan dua anak perempuan, trend tidak sihat yang seperti itu agak membimbangkannya.

“Saya juga berjaya bergambar dengan kepingan (tiga keping) kertas A4! Bagaimanapun, sebagai seorang ayah yang sedang membesarkan empat orang anak (dua lelaki dan dua perempuan).

"Boleh kita henti sebarkan imej bentuk tubuh badan sebegini?” katanya seperti yang disebarkan menerusi Twitter.

Trend cabaran pinggang bersaiz A4 ini dikatakan mula popular di kalangan remaja China sejak kebelakangan ini.

Mana-mana gadis atau wanita yang dikatakan boleh melindungi pinggang mereka dibelakang kertas A4 dikatakan mempunyai saiz pinggang yang benar-benar ideal dan cantik. - Instant Malaysia



LONDON: Tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, mengeluarkan kenyataan anti-Islam mengenai wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) selepas disoal mengenai penindasan dialami minoriti Islam negara itu dalam sesi temubual, menurut laporan media. 

Suu Kyi, yang baru-baru ini dicalonkan sebagai anggota Kabinet Presiden Htin Kyaw, dilaporkan hilang sabar ketika ditemubual penyampai BBC Today, Mishal Husain, pada tahun 2013 dan membuat kenyataan anti-Islam mengenainya di luar waktu siaran. Butiran mengenai kejadian itu dinyatakan dalam buku tulisan wartawan Peter Popham, 'The Lady And The Generals: Aung San Suu Kyi dan Burma's Struggle Fro Freedom.' 

Menurut buku itu, Suu Kyi yang marah kedengaran merungut: "Tiada siapa memberitahu saya akan ditemubual oleh orang Islam." Buku itu menyatakan, pemimpin Parti Liga Demokratik Nasional (NLD) itu enggan mengecam sentimen anti-Islam dan pembunuhan umat Islam di Myanmar apabila berulang kali disoal mengenai isu itu oleh Husain, penyampai beragama Islam pertama rancangan itu di Radio 4 BBC.

 "Saya rasa ramai penganut Buddha juga meninggalkan Myanmar kerana pelbagai sebab. Ia berpunca daripada kesengsaraan di bawah rejim diktator" katanya. 

Umat Islam merangkumi empat peratus daripada penduduk Myanmar dan kebanyakan keganasan dilakukan ke atas penduduk Islam Rohingya di Rakhine. Beberapa sami Buddha dituduh menyemarakkan sentimen anti-Islam dan Suu Kyi dikritik kerana tidak mempertahankan golongan minoriti itu. 

Pemerhati berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana tidak mahu dipinggirkan penganut Buddha menjelang pilihan raya penting tahun lalu. Tokoh berusia 70 tahun itu mengemudi NLD mencatat kemenangan besar pada pilihan raya November lalu. Walaupun dihalang menjadi presiden kerana syarat perlembagaan, Suu Kyi berkata beliau tetap akan memerintah negara itu secara tidak langsung. -Agensi



KEPADA peminat Adele, harap jangan kecewa!

Ini kerana penyanyi yang mencipta fenomena pada tahun 2011 dengan lagu ‘Someone Like You’ dan terbaru "Hello" ‘When We Were Young’ dilaporkan akan berehat selama lima tahun.

Memetik laporan The Daily Mail, Adele dikhabarkan penyanyi itu mahu memfokuskan dirinya dengan keluarga setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album ‘25’.

Setakat ini beliau telah membuat sebanyak 105 persembahan di Eropah dan Amerika.


Siri jelajah konsert Adele bakal berakhir pada November 2016, iaitu setahun selepas pelancaran album '25'.

Album '25' menjadi album pertama di Amerika Syarikat yang terjual melebihi tiga juta unit dalam tempoh seminggu.


Sebelum melancarkan album itu, beliau berehat selama tiga tahun untuk fokus kepada anaknya, Angelo James Konecki. - Instant Malaysia

Hugh Jackman selamatkan anak, perenang dari dihanyut arus

AKSI pelakon kelahiran Australia Hugh Jackman menyelamatkan anaknya dan perenang lain di pantai Bondi, Sydney mendapat perhatian netizen negara itu. 

Satu video siaran saluran berita 9News di Australia menunjukkan Jackman menyelamatkan anaknya Oscar, 15, daripada dihanyut arus lautan.

Beliau turut menyelamatkan seorang lelaki yang turut memegang seorang perenang wanita.

Susulan itu, pasukan penyelamat dikerah bagi membantu para perenang yang menggunakan papan luncur dan jet ski.

Pada masa yang sama, Jackman turut melambai kepada para perenang yang lain agar mereka kembali ke pantai.

Ramai yang berkata bahawa Jackman, yang terkenal dengan watak Wolverine, bukan sahaja wira di layar perak tetapi kini diangkat sebagai wira sebenar Australia. 





Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang

MOSCOW: Saluran televisyen Rusia Rossiya-1menyiarkan kata-kata akhir juruterbang pesawat Flydubai yang terhempas di Rostov-on-Don minggu lalu, yang menunjukkan kebarangkalian nahas disebabkan oleh kesilapan juruterbang, lapor AFP.

Transkrip perbualan terakhir itu jelas menunjukkan pesawat tersebut hilang kawalan sejurus fungsi autopilot dimatikan.

"Jangan bimbang," kata juruterbang berulang kali dalam transkrip yang diterjemah ke dalam Bahasa Rusia, sebelum beberapa kali berkata "Jangan buat begitu!"

Kemudian, kata-kata terakhir yang dirakam adalah "Tarik!" yang berulang kali disebut oleh juruterbang berkenaan.

Untuk enam saat terakhir, apa yang didengari hanyalah jeritan manusia, lapor saluran TV tersebut.

Namun begitu, saluran TV itu menegaskan bahawa transkrip berkenaan -- yang menunjukkan juruterbang terbabit telah secara tidak sengaja menghidupkan suis penstabil mendatar ketika cubaan meletakkan pesawat dalam keadaan mendatar – bukanlah satu versi rasmi.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat ketika ini sedang meneliti punca nahas sama ada disebabkan cuaca buruk, kseilapan juruterbang atau masalah teknikal.

Pesawat FZ981 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don ketika cubana mendarat pada 19 Mac lalu.

Sebanyak 55 penumpang dan tujuh anak kapal terkorban dalam nahas itu.

A 3D reconstruction of the Fly Dubai FZ981 crash in Russia

62 budak 'disumbat' dalam bas 19 tempat duduk

ANHUI - CHINA. Polis di sini terkejut selepas mendapati sebuah bas yang hanya mampu membawa 19 penumpang dipenuhi dengan 62 pelajar sekolah semasa membuat rondaan minggu lalu.

Pada mulanya polis hanya menyangka 43 kanak-kanak dibawa menaiki bas sekolah yang hanya dapat memuatkan 19 penumpang, namun terkejut selepas mendapati jumlah sebenar pelajar yang menaiki bas berkenaan adalah seramai 62 orang.

Memetik laporan Sina News, ekoran insiden itu, polis merampas bas dan menahan pemandu dan kesemua pelajar tersebut kemudiannya dihantar ke rumah masing-masing.

Masalah membawa penumpang lebih muatan menjadi sesuatu yang biasa di China terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai pilihan pengangkutan yang terhad.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak prasekolah terbunuh dalam satu kemalangan di wilayah Gansu melibatkan bas terlebih muatan yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai. - Instant Malaysia

Duit berterabur, orang ramai hanya tengok

KOREA SELATAN. Seorang wanita melemparkan wang tunai berjumlah 22 juta won (AS$19,030) di sebuah jalan di Dataran Seoul pada Isnin lalu.

Namun tindakannya itu, tidak sedikit pun menarik minat orang ramai yang lalu lalang disitu untuk cuba mengambil wang tersebut.

Memetik laporan The Korea Herald, menurut kenyataan polis tempatan, wanita berusia 56 tahun itu melemparkan wangnya sedikt demi sedikit di dataran itu sekitar jam 5.00 petang.
"Orang ramai hanya menjadi pemerhati, mereka tidak cuba mengambil wang tersebut," jata jurucakap polis tersebut.

Sementara itu, hasil penyelidikan polis, wanita yang tidak diketahui namanya itu, terdahulu telah mengeluarkan wang sebanyak 42 juta Won daripada sebuah bank di Seoul.
Polis juga menyatakan bahawa tindakan wanita itu melemparkan wangnya pada hari tersebut, kerana ingin bersedekah kepada orang ramai.

"Saya bimbang dengan wang ini akan menyebabkan bekas suami saya dan anak lelaki saya akan merebut wang itu nanti,"kata wanita itu kepada polis tempatan



KAZAKHSTAN - Kerajaan Kazakhstan mengharamkan penggunaan telefon pintar oleh kakitangan awam serta pelawat yang berada di bangunan kerajaan negara itu.

Kakitangan serta pelawat perlu meninggalkan telefon pintar mereka di pintu masuk bangunan kerajaan bermula 24 Mac selaras dengan dasar baru yang bertujuan mencegah kebocoran maklumat dan dokumen rahsia kerajaan.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan peningkatan laporan kes kebocoran maklumat sulit melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut sumber memberitahu Reuters, penjawat awam hanya dibenarkan untuk menggunakan peranti mudah alih asas tanpa kamera atau akses internet.

Dokumen penuh larangan diterbitkan oleh laman web berita tempatan Tengrinews.kz.
Kebocoran dokumen rahsia kerajaan sering berlaku dalam media di Kazakhstan.

Baru-baru ini turut dilaporkan berlaku kebocoran maklumat berkaitan rancangan penswastaan dan semakan bajet syarikat milik negara yang berkaitan dengan KZT - Instant Malaysia

THE HAGUE: Bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995.

Ia disifatkan sebagai satu kekejaman yang paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Karadzic juga didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan lain termasuk pembunuhan dan penganiayaan yang menyebabkan kematian lebih 100,000 orang di tujuh bandar dan perkampungan Bosnia.

Perang Bosnia-Herzegovina: Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun
Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995. -AFP

Mahkamah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendapati Karadzic juga bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai di Srebenica pada 1996 yang menyebabkan 8,000 lelaki Muslim terbunuh.

Selain itu, Karadzic juga didapati bersalah kerana membunuh, menyerang orang awam dan mengganas pada serangan selama 44 bulan di ibu negara Bosnia, Sarajevo ketika peperangan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mendapati Karadzic bersalah ke atas pertuduhan pembunuhan beramai-ramai yang kedua, iaitu kempen untuk mengusir warga Islam Bosnia dan Croatia dari perkampungan yang ditawan Serbia.

Karadzic berdepan 11 pertuduhan dengan hukuman penjara seumur hidup maksimum, tetapi diberikan 40 tahun penjara dan dibenarkan untuk membuat rayuan. - Awani, Instant Malaysia






Wanita maut terperangkap 13 jam dalam peti sejuk beku

AMERIKA SYARIKAT. "Seorang wanita ditemui mati selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk beku hampir 13 jam di sebuah hotel di sini," kata polis.

Pencarian kehilangan wanita itu bermula apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu kerjanya di Westin Peachtree Plaza.

Selepas meneliti rakaman CCTV hotel, pasukan penyiasat percaya wanita itu memasuki bilik peti sejuk beku kira-kira jam 8 malam pada Isnin dan ditemui selepas jam 9 pagi pada Selasa, kata polis Atlanta, Charles Hampton.

Pejabat Pemeriksaan Kesihatan Fulton County mengenapasti wanita itu sebagai Caralyn Robinson, 61, dari East Point.

Terdapat bukti yang menunjukkan wanita itu cuba untuk keluar dari peti sejuk beku berkenaan, namun Hampton tidak memberikan maklumat terperinci mengenai perkara tetrsebut.

"Ada beberapa jenis mekanisme untuk membolehkan sesiapa yang berada di dalam dapat keluar, namun saya tidak pasti sama ada ia berfungsi dengan baik.
"Bagaimanapun tiada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes ini buat masa ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, pihak hotel berkata, insiden tersebut sesuatu yang menyedihkan kerana wanita berkenaan telah lama bekerja di hotel itu.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan dan akan memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa," kata jurucakap hotel dalam satu kenyataan yang dipetik AP

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasaat dalam menentukan samada wanita itu mempunyai masalah kesihatan yang menghalangnya untuk keluar dari bilik sejuk berkenaan. - Sinar Harian, Instant Malaysia



MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa terkenal, TIME.

Menurut majalah berprestij itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak, namun nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa tetap mengandungi lemak yang baik untuk kesihatan badan.

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang.

“Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.  Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” lapor majalah TIME.



Artikel bertajuk 10 Healthy International itu turut menyenaraikan beberapa lagi menu sarapan pagi yang didapati berkhasiat dari pelbagai negara lain.

Selain nasi lemak, makanan sarapan dari Turki yang kaya dengan zaiton, tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah berkenaan.

Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat. Juadah Mesir pula adalah kacang ful dengan rempah ratus yang dimasak semalaman.

Sementara gallo pinto, iaitu kacang hitam yang dihidangkan dengan nasi, dan berasal dari Costa Rica juga dipilih. Di benua Eropah pula, bijirin menjadi sarapan pilihan.

Antaranya ialah hafragrautur dari Iceland dan kasha dari Rusia yang mengandungi pelbagai jenis bijirin dan dimasak dengan susu haiwan ternakan.

Upma dari India turut disenaraikan TIME sebagai sarapan sihat dan ia disifatkan sebagai campuran yang dibuat daripada suji yang sudah dipanggang.

Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi manakala sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.- Instant Malaysia



Perancis: Seorang lelaki mendakwa telah menjumpai satu lagi serpihan pesawat yang dipercayai ada kaitan dengan MH370 di Pulau Reunion sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi pada Khamis lalu.

Serpihan berkenaan dijumpai oleh Johnny Begue iaitu individu yang sama menjumpai 'flaperon' yang disahkan daripada pesawat MH370 pada Julai tahun lalu.

Menurut beliau, dia menjumpai serpihak berkenaan ketika sedang bersenam di pesisir pantai apabila ternampak sebuah objek kecil berukuran 40 dan 20 sentimeter.

"Objek berkenaan tanda berwarna biru di bahagian permukaan serta berwarna kelabu di bahagian bawahnya."

"Objek berkenaan adalah ringan dan strukturnya kelihatan sama seperti flaperon yang jumpai tahun lalu.

"Selepas menjumpainya, saya menyerahkan objek itu kepada polis," katanya.

Begue juga memberitahu sejak menemui flaperon tahun lalu, dia sering melalui kawasan persisir pantai untuk mencari lagi serpihan pesawat.

"Saya mulakan pencarian saya setiap kali selepas berlakunya cuaca buruk yang kebiasaannya ombak akan menghanyutkan pelbagai sampah dan benda ke pesisir pantai,"katanya lagi.

Menurut Begue, polis belum lagi menghubunginya sejak objek itu diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Begue menjumpai objek berkenaan beberapa hari selepas penemuan satu lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Mozambique oleh seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Pesawat MH370 hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar. -InstantMalaysia.blogspot.my

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright 2016 by Instant Malaysia. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget