Halloween Costume ideas 2015

Perang Bosnia-Herzegovina: Radovan Karadzic Dijatuhi Hukuman Penjara 40 Tahun

THE HAGUE: Bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995.

Ia disifatkan sebagai satu kekejaman yang paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Karadzic juga didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan lain termasuk pembunuhan dan penganiayaan yang menyebabkan kematian lebih 100,000 orang di tujuh bandar dan perkampungan Bosnia.

Perang Bosnia-Herzegovina: Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun
Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995. -AFP

Mahkamah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendapati Karadzic juga bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai di Srebenica pada 1996 yang menyebabkan 8,000 lelaki Muslim terbunuh.

Selain itu, Karadzic juga didapati bersalah kerana membunuh, menyerang orang awam dan mengganas pada serangan selama 44 bulan di ibu negara Bosnia, Sarajevo ketika peperangan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mendapati Karadzic bersalah ke atas pertuduhan pembunuhan beramai-ramai yang kedua, iaitu kempen untuk mengusir warga Islam Bosnia dan Croatia dari perkampungan yang ditawan Serbia.

Karadzic berdepan 11 pertuduhan dengan hukuman penjara seumur hidup maksimum, tetapi diberikan 40 tahun penjara dan dibenarkan untuk membuat rayuan. - Awani, Instant Malaysia






Labels:

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright 2016 by Instant Malaysia. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget