Halloween Costume ideas 2015
Articles by "VIRAL"


Tuan Rumah Terkejut Melihat Rumah Yang Disewakannya.. Anda Pasti Tak Percaya

Ini adalah cerita seorang pakcik datang melawat melawat rumah sewanya bersama isteri. Mereka datang melawat kerana penyewa dikatakan tidak membayar sewa rumah dan ingin mengetahui masalah sebenar. Ikuti cerita seterusnya.


Makcik dan pakcik saya di Johor Bahru telah menyewakan sebuah rumah flat kepada sepasang suami isteri. Tetapi beberapa bulan kebelakangan ini, duit sewa rumah tertunggak.

Hari ini, pakcik saya telah pergi ke rumah sewa mereka untuk bertanyakan keadaan penyewa. Manalah tahu, mungkin mereka ada masalah sehingga tidak dapat membayar sewa.

Sampai saja di depan pintu, pakcik saya memanggil penyewa dari luar. Pintu rumah diketuk berkali-kali, namun tidak berjawab.
Jiran di depan rumah memberitahu bahawa rumah itu sudah lama tiada penghuni.

Apabila pakcik saya membuka pintu, astaghfirullahalazim. Hampir terduduk pakcik saya melihat ekadaan di dalam rumah itu.
‘Astaghfirullahalazim, jahanam rumah sewa aku, penuh satu rumah sampah!’

Itulah rumah pertama pakcik dan makcik saya beli selepas mereka berkahwin pada 26 tahun yang lalu. Rumah yang dibayar dengan titik peluh mereka bekerja. Itu juga adalah rumah dimana sepupu saya membesar. Sampai hati sungguh pasangan yang tidak bertanggungjawab itu.






Pengajaran untuk semua, kalau sewakan rumah, buat cara di barat. Ada perjanjian legal, ada dokumen penyewa yang lengkap, ada guarantor dan nyatakan pemilik rumah ada hak untuk buat pemeriksaan.








Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang pelatih Pulapol disebabkan strok haba. Berita kematian ini sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai dengan cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini.

Jadi, kali ini kami bawakan 7 perkara penting yang perlu anda ingat supaya kita boleh mengelak strok haba. 7 perkara ini bukan sahaja boleh diguna pakai untuk anda (orang dewasa), tetapi ia juga boleh diguna pakai untuk bayi, kanak-kanak dan juga warga emas.

Sebelum menjurus lanjut, adalah baik untuk kita memahami secara ringkas apa itu strok haba.

Apa itu strok haba?
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

7 Perkara penting yang perlu anda beringat

1 - Jangan pakai baju yang tebal / berlapis & ketat
Memakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.



2 - Minum air dengan banyak
Pastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.

Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu bermakna badan kekurangan air.



3 - Jangan sesekali tinggalkan sesiapa dalam kereta yang sudah dimatikan
Perkara ini biasa berlaku di Malaysia dimana kini kita boleh melihat lambakan kes kanak-kanak terkunci di dalam kereta dimuat naik di laman Facebook Bomba Malaysia.

Apabila diparkir di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh melonjak sebanyak 6.7 darjah celcius dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi di musim panas ini.



4 - Kurangkan solekan (bagi wanita)
Sesetengah bahan di dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekut aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.



5 - Elakkan kafein berlebihan. 
Kafein dan juga alkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunakan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.



6 - Batalkan aktiviti luar jika panas melampau.
Jika anda merasa keadaan diluar panas yang luar biasa. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan sahaja apa jua aktiviti yang perlu anda jalankan.



7 - Sentiasa pastikan alat pembaca suhu ada bersama.
Untuk cuaca panas ini, alat pembaca suhu amat berguna sekali. Pastikan ia sentiasa ada bersama anda supaya anda boleh memeriksa suhu badan anda atau pun orang sekeliling jika badan merasa panas. Jika didapati suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital.









Amerika Syarikat - Impian seorang warga emas yang mahu makan malam bersama enam cucu dirumahnya di Oklahoma hampa apabila hanya seorang dari cucu-cucunya itu yang hadir.

Kisah sedih warga emas itu dikongsi oleh satu-satu cucunya yang hadir, Kelsey Harmon dan kini mendapat lebih dari 150,000 retweets di Twitter dalam masa 2 hari.

Kelsey memuat naik gambar datuknya yang dikenali sebagai Papaw itu di akaun Twitter sekaligus membangkitkan rasa simpati dan marah netizens.

Kelsey menulis di Tweet tersebut "Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Sayang sayang datuk".


Laporan Buzzfeed pula menceritakan secara terperinci kisah Papaw.

Kesyley berkata : "Jadi saya duduk dan dapatkan satu pinggan, tapi dia tunggu kerana dia mahu pastikan semua orang dapat makanan secukupnya. 30 minit berlalu dan dia memutuskan untuk makan satu. Sejam selepas itu dan masih tiada orang yang muncul. Saya boleh cakap dia kelihatan kecewa, tapi saya pastikan kami duduk bersama dan lepak. "



Setelah viral, netizens mula 'menyerang' sepupu-sepupu Kelsey yang lain sehingga ada yang diugut bunuh.

Keadaan itu memaksa Kelsey memuat naik tweet lain yang memberitahu bahawa datuknya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.



Sementara itu, beberapa keping gambar yang telah diedit juga dimuat naik di media sosial untuk 'mengabadikan' kisah sedih papaw dengan hashtag #pawpaw




MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright 2016 by Instant Malaysia. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget