Halloween Costume ideas 2015
Articles by "FAKTA & TIPS"


Admin ada terbaca satu post di Quora.com tentang bagaimana hendak menjadi jutawan dengan cepat. Lumrah manusia mesti hendakkan kekayaan melimpah dengan cepat, perkara ini boleh dapat dengan usaha sesorang individu tersebut. Semakin banyak anda berusaha, semakin banyak anda dapat hasilnya. "Effort Is The Strengths". Dalam artikel kali ini, admin hendak tunjuk bagaimana hendak menjadi jutawan dengan cepat tetapi dalam bahasa inggeris dan ianya dipetik di laman Quora.com. 

[lock]
In every generation, there are opportunities to become a milionaire quickly. Of course, very few people take advantage of them, often because these opportunities are only obvious in hindsight to the rest of the population.
I believe I know one of the factors that gives you a tremendous boost in the current decade I'm writing this, so I'll try to weave it all together. I don't know if this answer will work in the next several years, you might need a new "secret ingredient".
Step 1: Company
First of all, people live lives, companies create products. Make sure that you open a company and it will be the company that attracts people, capital, makes products and generates revenue. You as a person should be able to live off of some of the income you personally generate from the company.
Step 2: Business Model
There are two ways to make a lot of money, and a continuum between them. Either have a lot of customers pay you a small amount each, or have a few customers pay you a large amount each. If you can have a large amount of customers pay you a large amount, you have it made (eg Bloomberg) but that won't happen overnight.
Step 3: Service vs Product
When you provide a service, you are utilizing human labor. Products can be copied without making tons of customizationsfor each client. If you want to get rich quickly, you need to see what services people (individuals or those who work for companies) pay a lot for, and then make a product that makes it easier / cheaper to get that thing done.
Step 4: Free vs Paid
If you're going for speed, it's probably easier to have a paid product. That's because free products take a long time to get a huge userbase (eg facebook, twitter) and have to be supported by investors (angels, VCs) along the way to profitability. When you have a paid product, you can buy ads, iterate, tweak your sales funnel, until it is profitable. Then, once you have proven the lifetime customer value is greater than the customer acquisition cost + the cost of serving the customer, you can borrow money from a bank and pay for a lot of ads.
Now here is where the acceleration comes in
Step 5: Make it viral
Customer acquisition cost is going to be one of your biggest expenses, if not the biggest. Getting it down to zero or close to zero can supercharge your business model or even make an unviable one into a viable one. For this you need viral loops. A viral loop need not be exponential -- one customer brought in with ads can bring in 10 or 20 other customers before the viral loop dies out. That already decreases your customer acquisition cost by 10x or 20x, leaving you more money to grow the business.
There is too much to write about how to actually do this, but the idea is to build an app that makes it easy and appealing for people to invite others. Here is an article on how to do that. Our company also opem sourced a platform that lets you do it "overnight", by re using all the work we already put into making our own products viral (search the app store for Groups).
Step 7: Brand
Develop a unique brand with your own company name, logo, titles, etc. Start by finding catchy and available domain names and app names - they are the most scarce. Then register several of them, ask around which one sounds better, and only then, open your company. Investors like Delaware corporations because they don't have to futz around with K1s and because Delaware has well known business-friendly laws.
Step 6: Investors
Even though you can bootstrap your business, you want speed. So the best advice for getting rich fast is, make friends with already-rich people and open a business with them. Give them enough perks and equity that they'll want to put their money into it. Don't worry -- after this business you'll always be able to open another one where you own 90% of it. The goal is to succceed and have an exit or a nice cash cow.
To attract these investors, you'll need an idea, a business model, a deck, wireframes, a clickable demo, a budget, a roadmap, all in one place called an investor portal. Set this up and then meet with all the lawyers and accountants you know. Have them introduce you to high net worth individuals. Be prepared to offer more than 50% of the company in exchange for more than enough seed capital, and say you can do all the work and get it done. 
Details click sini
Sumber Quora.com. Ditulis semua untuk siaran Instant Malaysia
[/lock]



Kelebihan Sedekah.

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka ‘tersangat’ kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”

Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

“Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah…..

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini. - Instant Malaysia


Sebab Anda Mesti Sediakan Buah Pisang Setiap Hari

Sebab Anda Mesti Sediakan Buah Pisang Setiap Hari - Selain mempunyai rasa yang enak dan boleh mengenyangkan, buah pisang juga mempunyai banyak sekali manfaat baik untuk kesihatan dan untuk kecantikan walaupun harganya boleh dikatakan cukup murah. 

Tidak hanya mempunyai banyak manfaat dan juga khasiat, namun buah pisang juga mempunyai rasa dan juga tekstur yang sangat disukai banyak orang. Buah pisang juga sangat mudah untuk dijumpai kerana buah yang satu ini tidak mengenal muzik. 

Untuk itulah anda harus selalu menyediakan buah pisang ini di meja makan anda kerana beberapa alasan berikut.

1. Kandungan Antioksidan
Buah ini mempunyai kandungan antioksida yang baik untuk tubuh. Manfaat dari Atioksidan sendiri adalah untuk melawan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh manusia. Radikal bebas tentunya berbahaya kerana boleh merosakkan sel dan juga boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik dan juga proses penuaan.

2. Pencegah Penyakit Jantung
Pisang yang rajin dikonsumsi secara rutin dapat menurunkan risiko tekanan darah tinggi, jadi penyakit jantung tidak akan datang kerana tekanan darah akan lebih terkawal.

3. Kurangkan Kesakitan Haid
Bagi anda yang sering mengalami sakit semasa haid maka sangat dianjurkan untuk mengambil buah yang satu ini. Mengambil pisang sangat bermanfaat untuk melepaskan hormon stres yang mana berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit.

4. Kalium
Kandungan kalium yang tinggi di dalam buah pisang sangat baik untuk kesihatan otak, dengan begitu otak dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik. 

5. Mencegah Anemia
Kurang darah atau yang biasa disebut dengan anemia terjadi kerana kekurangan zat besi.Kekurangan zat besi tersebut boleh dipenuhi dengan memakan pisang yang mempunyai kandungan zat besi yang kaya.

6. Anti Depresan
Zat trytophan yang terdapat pada pisang boleh berfungsi sebagai neurotransmitter otak, yang akan menurunkan tahap kemurungan dan juga stres. Mengambil pisang akan membantu orang untuk menjadi lebih rileks dan juga santai.

Selain beberapa manfaat di atas tentunya masih banyak lagi manfaat dari buah pisang sehingga membuat buah tersebut sangat layak untuk anda sediakan pada meja makan anda setiap hari. - Instant Malaysia



Sebelum ini mesti ada antara kita yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sisa buangan manusia yang ditinggalkan dalam bilik air kapal terbang. Kemana ia pergi dan bagaimana ia diuruskan.

Ada yang membuat bahan jenaka mengatakan bahawa semua najis itu di lepaskan ke bawah, nasib penghuni bumi juga yang terancam

Zaman teknologi ini kita sering mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan memastikan kita dapat hidup dengan selesa. Maka inilah apa yang teknologi hari ini lakukan kepada sisa najis kita.

Boleh tonton video di bawah.



Sedikit info berkaitan Blue Ice

Blue Ice dari konteks penerbangan ialah sisa kumbahan yang membeku dan bocor di tengah-tengah

penerbangan pesawat. Sisa kumbahan dan cecair penyahinfeksi inilah yang membeku dan membentuk pepejal berwarna biru, warna cecair penyahinfeksi itu sendiri.

Walaupun kelihatan tidak memberi ancaman bahaya yang besar, namun banyak kes telah dilaporkan sebelum ini yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada objek yang terkena Blue Ice yang jatuh dari langit ini. Dengan kekuatan yang mampu merosakkan bumbung-bumbung rumah. - Instant Malaysia



MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa terkenal, TIME.

Menurut majalah berprestij itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak, namun nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa tetap mengandungi lemak yang baik untuk kesihatan badan.

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang.

“Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.  Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” lapor majalah TIME.



Artikel bertajuk 10 Healthy International itu turut menyenaraikan beberapa lagi menu sarapan pagi yang didapati berkhasiat dari pelbagai negara lain.

Selain nasi lemak, makanan sarapan dari Turki yang kaya dengan zaiton, tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah berkenaan.

Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat. Juadah Mesir pula adalah kacang ful dengan rempah ratus yang dimasak semalaman.

Sementara gallo pinto, iaitu kacang hitam yang dihidangkan dengan nasi, dan berasal dari Costa Rica juga dipilih. Di benua Eropah pula, bijirin menjadi sarapan pilihan.

Antaranya ialah hafragrautur dari Iceland dan kasha dari Rusia yang mengandungi pelbagai jenis bijirin dan dimasak dengan susu haiwan ternakan.

Upma dari India turut disenaraikan TIME sebagai sarapan sihat dan ia disifatkan sebagai campuran yang dibuat daripada suji yang sudah dipanggang.

Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi manakala sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.- Instant Malaysia




GEORGETOWN - Orang ramai dinasihat agar mengelakkan pengambilan minuman panas dan melakukan senaman fizikal melampau bagi mengurangkan risiko mengalami strok haba kesan daripada cuaca panas pada masa ini.

Pengarah Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Normala Abdul Wahid berkata, minuman beralkohol dan kafein juga perlu dielakkan, selain memastikan sentiasa berpakaian sesuai terutama daripada material kapas.

"Jangan terdedah kepada terik cahaya matahari dari pukul 11 pagi hingga 3 petang dan jika terpaksa mengharungi keadaan itu, jalan di tempat redup, pakai pelindung matahari, topi atau selendang.

"Jika berada dalam keadaan panas dan anda kerap membuang air kecil dan urin berwarna gelap, ini menunjukkan dehidrasi dan perlu minum air yang lebih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara kesan lain terhadap kesihatan yang disebabkan oleh haba adalah hyperthermia, edema haba, ruam panas, kekejangan haba, keletihan atau pengsan.

Dalam pada itu Normala berkata, jika mengunjungi negara yang panas, orang ramai perlu berhati-hati pada awal ketibaan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tersebut.

Katanya bantuan kecemasan awal yang boleh diberikan jika individu mengalami masalah akibat haba ialah dengan mengalihkan pesakit ke persekitaran yang teduh atau berhawa dingin dan tanggalkan jaket, kot atau apa-apa jenis pakaian panas yang dipakai.

"Lapkan anggota badan pesakit dengan span atau tuala basah, letakkan pek ais di bahagian ketiak, pangkal paha, leher dan belakang mangsa kerana kawasan ini kaya dengan saluran darah berhampiran dengan kulit dan dapat mengurangkan suhu badan dengan lebih cepat," katanya.

Beliau berkata jika perlu, pesakit juga boleh berendam dalam tab air bagi mempercepatkan penurunan suhu badan. - Bernama, Instant Malaysia

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright 2016 by Instant Malaysia. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget