Halloween Costume ideas 2015

Majalah TIME Iktiraf Nasi Lemak Sebagai Sarapan Sihat



MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah antarabangsa terkenal, TIME.

Menurut majalah berprestij itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak, namun nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa tetap mengandungi lemak yang baik untuk kesihatan badan.

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang.

“Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.  Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” lapor majalah TIME.



Artikel bertajuk 10 Healthy International itu turut menyenaraikan beberapa lagi menu sarapan pagi yang didapati berkhasiat dari pelbagai negara lain.

Selain nasi lemak, makanan sarapan dari Turki yang kaya dengan zaiton, tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah berkenaan.

Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat. Juadah Mesir pula adalah kacang ful dengan rempah ratus yang dimasak semalaman.

Sementara gallo pinto, iaitu kacang hitam yang dihidangkan dengan nasi, dan berasal dari Costa Rica juga dipilih. Di benua Eropah pula, bijirin menjadi sarapan pilihan.

Antaranya ialah hafragrautur dari Iceland dan kasha dari Rusia yang mengandungi pelbagai jenis bijirin dan dimasak dengan susu haiwan ternakan.

Upma dari India turut disenaraikan TIME sebagai sarapan sihat dan ia disifatkan sebagai campuran yang dibuat daripada suji yang sudah dipanggang.

Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi manakala sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.- Instant Malaysia


Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright 2016 by Instant Malaysia. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget