Shanghai: Pihak berkuasa melancarkan kempen menggalakkan penduduknya membakar mayat anggota keluarga mereka dan menjadikannya berlian.
Ia boleh dilakukan dengan bayaran serendah 18,000 yuan (RM11,000).
Kempen itu dilancarkan sebagai langkah untuk menjimatkan tanah.
Sejak 26 tahun lalu, pihak berkuasa Shanghai mendesak penduduk bandar itu melakukan pengebumian alternatif terhadap mayat anggota keluarga mereka.
Hasilnya, 28 peratus pengebumian di bandar berkenaan dilakukan secara dibakar, dikebumikan di laut atau dalam kubur yang lebih kecil sementara bakinya masih lagi memilih untuk mengebumikan anggota keluarga mereka secara tradisional, walaupun harga plot untuk satu kubur begitu mahal.
Sumber Harian Metro berkata, Kerajaan tempatan bimbang tanah kubur di bandar raya itu akan meningkat sehingga 30 peratus dan untuk menempatkan mereka yang sudah mati, ia perlu menyediakan tanah seluas 200 ekar setahun.
Dalam kempennya, pihak berkuasa berkata, dengan membakar mayat dan menjadikannya berlian akan memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan kepada si mati.
“Mereka boleh memakai berlian itu sebagai barang kemas atau menghiasi sudut rumah masing-masing. Atau mereka boleh meninggalkannya di kuil tempatan kerana ia tidak perlu kawasan yang luas,” menurut seorang jurucakap pihak berkuasa tempatan. - Instant Malaysia
Post a Comment