ANHUI - CHINA. Polis di sini terkejut selepas mendapati sebuah bas yang hanya mampu membawa 19 penumpang dipenuhi dengan 62 pelajar sekolah semasa membuat rondaan minggu lalu.
Pada mulanya polis hanya menyangka 43 kanak-kanak dibawa menaiki bas sekolah yang hanya dapat memuatkan 19 penumpang, namun terkejut selepas mendapati jumlah sebenar pelajar yang menaiki bas berkenaan adalah seramai 62 orang.
Memetik laporan Sina News, ekoran insiden itu, polis merampas bas dan menahan pemandu dan kesemua pelajar tersebut kemudiannya dihantar ke rumah masing-masing.
Masalah membawa penumpang lebih muatan menjadi sesuatu yang biasa di China terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai pilihan pengangkutan yang terhad.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak prasekolah terbunuh dalam satu kemalangan di wilayah Gansu melibatkan bas terlebih muatan yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai. - Instant Malaysia
Post a Comment