SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hadir ke Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, kira-kira 1.55 petang tadi.
Ketibaan bekas Presiden UMNO itu bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut sorakan pengunjung serta diselangi laungan 'reformasi'.
Turut kelihatan bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam. - Foto Astro AWANI
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula tiba sekitar pukul 2.30 petang.
Tun Dr Mahathir bakal menyampaikan ucapannya pukul 5.30 petang dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Astro Awani.
Wartawan Astro AWANI di lokasi menghimpunkan beberapa tweet berdasarkan intipati ucapan daripada beberapa pemimpin dalam majlis tersebut:
4.00 petang: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub memulakan ucapan:
#KongresRakyat2016 Tun Razak pernah pesan Tun Rahah, jangan belanja berlebihan ketika lawat London. Itu integriti - Salahuddin. @501Awani— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
3.50 petang: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk Murugesan Sinandavar:
Kepada rakan-rakan saya di BN, jangan cuba tegakkan benang yang basah - @SMurugessan #kongresrakyat2016 @501Awani— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.40 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa berucap:
"Kita ada hak yg sama untuk perbetulkan negara! Bukan isu ras atau parti politik!" @datohusammusa #KongresRakyat2016 @501Awani— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Dlm usaha tegakkan keadilan, setiap umat perlu ada sikap utk lawan kemunkaran yg berlaku" @datohusammusa #KongresRakyat2016 @501Awani— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
3.30 petang: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mula berucap:
"Saya berucap mewakili suara yang dibawakan dlm #Bersih4 yg turut dihadiri Tun M.." - @mariachin #KongresRakyat2016 @501Awani— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.20 petang: Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengambil giliran:
Saya pernah ditahan dibawah ISA dan surat penahanan saya ditandatangani oleh Tun M. Itu sudah berlalu - @MahfuzOmar @501Awani— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0320PM— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Kalau saya ada dendam politik, sy takkan bersama Tun M hari ini.." Mahfuz Omar #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/BSCLnTnUB9
3.10 petang: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bercerita tentang harapan:
Selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun Mahathir, rakyat mendapat sinaran harapan yang baru - @teresakok #kongresrakyat2016 @501Awani— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0309PM YB @teresakok memulakan ucapan kata rakyat Seputeh risau dgn kedudukan negara! #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/VGXUNy1ce7— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
2.56 petang: Abdullah Sani berucap mewakili suara golongan pekerja:
0256PM YB Abdullah Sani berucap mewakili suara pekerja #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/vhLuEhPWWn— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
2.50 petang: Ucapan seterusnya disampaikan oleh Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman:
#KongresRakyat2016 Apa yang kita alami sekarang kerana nakhoda tidak mengemudi kapal dengan baik, seperti Titanic - Kamarulazman. @501Awani— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman. @501Awani pic.twitter.com/8XVDSChbpE— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
2.40 petang: Isu 'mahasiswa lapar' terus disampaikan oleh Fahmi Zainol:
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
2.30 petang: Pendebat muda Syed Saddiq Abdul Rahman memulakan ucapan:
#KongresRakyat2016 Gerakan Selamatkan Malaysia boleh didemokrasikan dengan penyertaan semua, terutama orang muda - @SyedSaddiq @501Awani— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
Sumber - Astro Awani By - Instant Malaysia
Post a Comment